Bose Corporation

Bose Corporation (/boʊz/) ialah pengeluar peralatan audio Amerika Syarikat. Syarikat ini diasaskan oleh Amar Bose pada 1964 dan beribu pejabat di Framingham, Massachusetts. Bose terkenal dengan produk sistem audio dan pembesar suara rumah, fon kepala penghalang bunyi bising, produk audio profesional, dan sistem audio automotifnya.[3][3][4][5] Bose juga terkenal kerana melindungi paten, tanda dagangan dan jenamanya.Majoriti saham Bose Corporation dimiliki oleh Institut Teknologi Massachusetts, yang menerima dviden saham melalui saham tanpa pungutan suara yang didermakan oleh pengasas Bose pada tahun 2011. Berdasarkan laporan tahunannya untuk tahun fiskal 2019, Bose Corporation mencatatkan pendapatan sebanyak US$4,0 bilion dan mempekerjakan lebih dari 9.000 orang.[2]